KUALA LUMPUR, 9 MAC: Selepas menempuh musim yang ‘panjang’, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan apabila cemerlang meledak hatrik membantu Selangor FC membelasah pasukan tercorot Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 pada saingan Liga Super 2024/2025 malam ini.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Biarpun kerugian gagal mengutip tiga mata, ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.
PETALING JAYA, 23 FEB: Ketua Jurulatih Selangor FC Kinoshi Katsuhito menganggap kejayaan pasukan itu menjulang Piala Cabaran edisi 2024/2025 malam tadi sebagai satu pencapaian yang amat penting, namun mengingatkan bahawa ia hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh dan mencabar untuk kelab itu.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Berikut kedudukan carta Liga Super 2024/2025 selepas perlawanan malam ini: P M S K J B Mata Johor...
KUALA LUMPUR, 26 JAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir mencipta sejarah baharu dengan merangkul kejuaraan Liga Super ke-11 berturut-turut selepas mencatat kemenangan penting ke atas Terengganu FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Selangor FC mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga.
SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor FC menyasarkan kemenangan dalam baki lapan perlawanan Liga Super musim ini.
SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor FC menyerahkan segala perancangan tahun depan skuadnya itu kepada Ketua Jurulatih Katsuhito Kinoshi.
SHAH ALAM, 4 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan penghargaan berjumlah RM500,000 kepada pasukan Selangor FC.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengambil berat keselamatan pemain daripada gejala samseng bola sepak atau hooliganisme, kelompok peminat yang terlalu taasub terhadap sesebuah pasukan.
KLANG, 11 DIS: Pemain Selangor FC Faisal Halim menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi semangat baharu selepas berdepan insiden malang, Mei lalu.
SEREMBAN, 10 DIS: Selangor FC perlu mengekalkan rentak kemenangan dalam menghadapi perlawanan Liga Super seterusnya, kata ketua jurulatih Katsuhito Kinoshi.
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Pengendali baharu Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun tewas 1-2 kepada wakil Thailand, Muangthong United dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya semalam.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 7 NOV: Rekod tanpa kalah Selangor FC (SFC) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) lebur selepas tewas tipis 0-1 di tangan Jeonbuk Hyundai Motors FC pada aksi di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR, 6 NOV: Selangor FC (SFC) bersedia berdepan mana-mana 'skuad' yang bakal diturunkan Jeonbuk Hyundai Motors FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, malam esok.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar mendedahkan Nidzam Jamil pernah meluahkan hasrat meletak jawatan sebagai pengendali Gergasi Merah, sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengakui skuad Gergasi Merah mempunyai jurang yang besar daripada segi kutipan mata berbanding pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas 13 perlawanan pada aksi Liga Super 2024/2025.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Ketua jurulatih Selangor FC Mohd Nidzam Jamil tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila skuad bimbingannya gagal menyekat dominasi pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.